X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

PM India bakal pengerusikan Sidang Kemuncak Bricks

Narendra Modi - Foto REUTERS
A
A

NEW DELHI - Perdana Menteri India, Narendra Modi dijangka mempengerusikan Sidang Kemuncak BRICS ke-13 yang akan diadakan pada Khamis secara maya, lapor Xinhua.

Bertemakan 'Intra-BRICS cooperation for continuity, consolidation and consensus' sidang kemuncak itu bakal disertai pemimpin dari Brazil, Rusia, China dan Afrika Selatan.

India telah menggariskan empat bidang keutamaan termasuk reformasi sistem multilateral, memerangi keganasan, penggunaan alat digital dan teknologi untuk mencapai agenda pembangunan lestari (SDGs) dan meningkatkan hubungan antara rakyat.

Selain itu, para pemimpin juga akan bertukar pandangan mengenai kesan pandemik Covid-19 serta isu-isu global dan serantau yang lain, memetik kenyataan kata kenyataan kerajaan India.

Sidang kemuncak tahun ini serentak dengan ulang tahun BRICS ke-15. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!