Serapkan DSAI dalam pentadbiran negara

Jimmy
Jimmy
A
A
A

JOHOR BAHRU - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diserap segera ke dalam pentadbiran negara.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, ini kerana, keputusan PRK DUN Semenyih yang berpihak kepada BN merupakan isyarat rakyat yang inginkan reformasi segera dilaksanakan kerajaan.

"Proses integrasi pada Anwar ke dalam pentadbiran perlu dipercepatkan.

"Kini, beliau hanya Ahli Parlimen Port Dickson biasa sahaja dan tiada peranan dalam kerajaan sedangkan beliau pakar dalam BN sebelum ini.

"Ini adalah isyarat rakyat yang mahukan reformasi segera dilakukan," katanya ketika mengulas kemenangan BN pada PRK DUN Semenyih, semalam.

Berikutan itu, Jimmy mahu kerajaan segera menangani isu kos sara hidup yang membelenggu rakyat.

"Kurangkan isu politik kerana kos sara hidup yang tinggi menekan rakyat pada masa kini. Rakyat sudah fikir apa yang terbaik untuk mereka," katanya.

Malah, ujarnya lagi, rakyat tidak gembira dengan kemasukan bekas pemimpin UMNO dalam PH.

Artikel Berkaitan:

"Bekas pemimpin UMNO tidak memberi kesan kepada PH serta langsung tidak memberi nilai tambah kepada PH," katanya.