X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

18 kematian ibu hamil akibat Covid-19 di Johor

R Vidyananthan
A
A

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 18 kes kematian akibat Covid-19 membabitkan ibu hamil dilaporkan di Johor setakat Isnin.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, kerajaan negeri memandang serius situasi itu dan akan melakukan tindakan proaktif bagi memastikan golongan ibu hamil mendapat vaksin lengkap.

Katanya, jumlah ibu hamil yang telah menerima satu dos seramai 30,000 manakala seramai 9,177 orang pula telah lengkap dua dos.

Dalam pada itu, sebanyak 28,768 atau 20 peratus kes sporadik dilaporkan daripada keseluruhan 138,647 kes Covid-19 di negeri ini sehingga 31 Ogos lalu.

"Kes sporadik merupakan satu indikator penularan dalam komuniti. Kadar kebolehjangkitan Covid-19 harus diambil sebagai satu peringatan kepada rakyat supaya kekal berwaspada dalam pencegahan wabak.

"Pergerakan bebas dalam komuniti serta ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard menjadi punca utama penularan dalam kalangan komuniti masa kini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada hari terakhir Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor yang ke-14 di sini pada Selasa.

Vidyananthan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kahang berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Johor ( JKNJ) sedang meneliti keperluan bagi membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di zon utara iaitu di Batu Pahat.

"Sehingga kini terdapat tiga PKRC awam iaitu PKRC Stadium Pasir Gudang, PKRC Olive B dan PKRC Sri Danga dengan jumlah keseluruhan katil sebanyak 2,156 katil.

"Berdasarkan data pada 5 September lalu, seramai 1,597 pesakit sedang dirawat di tiga PKRC tersebut, dengan kadar penggunaan katil secara purata adalah sebanyak 74 peratus. Sehingga kini terdapat 27,179 pesakit telah dimasukkan ke PKRC awam terbabit.

"Terdapat juga sebuah PKRC swasta iaitu di DB Kompleks Iskandar Puteri yang mempunyai kapasiti sebanyak 1,200 katil yang mana 9,597 pesakit telah dirawat di PKRC swasta ini," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!