Pemandu kereta di Paris bantah had kelajuan 30 km/j

Seminggu selepas had kelajuan 30 kilometer sejam berkuat kuasa di Paris, tunjuk perasaan oleh pemandu kereta semakin meningkat. Foto 123RF
Seminggu selepas had kelajuan 30 kilometer sejam berkuat kuasa di Paris, tunjuk perasaan oleh pemandu kereta semakin meningkat. Foto 123RF
A
A
A

PARIS - Seminggu selepas had kelajuan 30 kilometer sejam berkuat kuasa di Paris, tunjuk perasaan oleh pemandu kereta semakin meningkat.

Menurut laporan Agensi Berita Itali (ANSA), disebabkan pemandu berdepan dasar yang menyebabkan lalu lintas semakin sukar di bandar raya, dan mereka mendakwa langkah itu mengakibatkan keadaan semakin parah.

'Pejalan kaki lebih pantas berbanding kereta' antara slogan yang dilaungkan penunjuk perasaan.

Sejak undang-undang baharu itu dikuat kuasa pada awal minggu lalu, pertengkaran antara pemandu sering dilaporkan berlaku apabila ada pemandu mematuhi had laju dan ada yang ingkar dengan membunyikan hon kepada pemandu lain, lapor ANSA.

"Pemandu teksi menyuarakan kebimbangan, yang pelanggan sering meminta mereka memandu melebihi had laju.

“Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 20 minit kini bertambah 33 minit menyebabkan kos pelanggan meningkat.” kata jurucakap pertubuhan yang mewakili pemandu teksi. - Bernama

Artikel Berkaitan: