MAIK rakam terima kasih kepada Kerajaan Negeri

Tengku Tan Sri Mohamad Rizam
Tengku Tan Sri Mohamad Rizam
A
A
A

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah mengumumkan kenaikan kadar elaun kepada pegawai masjid mukim melibatkan imam tua, imam muda dan bilal.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kenaikan kadar elaun tersebut iaitu RM150 sebulan untuk imam tua dan imam muda dan RM50 sebulan untuk bilal masjid mukim di seluruh Kelantan amat bertepatan dengan perkembangan terkini memandangkan tugas pegawai masjid mukim lebih mencabar ketika musim pandemik Covid-19.

“Melalui perkhabaran gembira kepada pegawai masjid mukim ini, ia dapat meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat dan memberi semangat kepada mereka untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

“Pihak MAIK menaruh keyakinan yang tinggi kepada pegawai masjid mukim agar mereka dapat memberikan perkhidmatan dan komitmen yang terbaik kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kerajaan negeri meluluskan pemberian elaun tambahan kepada imam tua dan imam muda sebanyak RM150 dan bilal RM50.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata, pembayaran elaun tambahan ini melibat 587 kategori masjid mukim ‘A’, besar dan kecil di seluruh Kelantan berkuatkuasa Julai 2021.

Artikel Berkaitan: