Zverev yakin mara ke suku akhir Terbuka US

Zverev. Foto: official streak/twitter
Zverev. Foto: official streak/twitter
A
A
A

PEMAIN ranking keempat dunia, Alexander Zverev yakin untuk untuk mara ke final Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (US Open) setelah menewaskan pemain ranking ke-16 dunia dari Itali, Jannik Sinner, 6-4, 6-4, 7-6 (7) pada saingan suku akhir pada Selasa.

Menurut pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu, dia yakin untuk mara ke final berikutan servis ace yang dilakukannya, agak menjadi pada pertemuan dengan Siiner.

“Saya gembira kerana berjaya melakukan 17 servis ace ketika berdepan Sinner “Oleh itu, saya tahu ia akan ‘menjadi’ lagi selepas ini.

“Kini, saya semakin yakin untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik dan seterusnya beraksi di final,” katanya.

Kemenangan Zverev itu turut melebarkan rekod kemenangan pemain Jerman itu ke atas Sinner sebanyak 15 kali setakat ini.

Bagaimanapun, Zverev terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Sinner yang turut beraksi cemerlang pada pertemuan berkenaan.

Sementara itu Zverev berkata, dia yakin dapat mengulangi lagi servis ace itu bagi mengharungi saingan separuh akhir dan seterusnya ke pentas final.

Katanya, dia telah cuba untuk melakukan servis sedemikian pada Kejohanan Wimbledon lalu, tetapi ia agak kurang menjadi hingga menyebabkannya tewas kepada pemain Kanada, Felix Auger Aliassime 4-6, 6-7, 6-3, 6-3, 4-6 pada pusingan 16.

Artikel Berkaitan:

“Saya cuba melakukan servis ace ketika berdepan Felix, namun tidak menjadi dan menyebabkan saya tewas; tetapi di Tokyo servis itu menjadi dan sekali lagi ia menjadi pada kejohanan ini.

“Saya berjaya memenangi emas di Tokyo selain muncul juara untuk terbuka Cincinatti bulan lalu.

“Oleh itu, sudah semestinya saya gembira kerana berjaya mara ke suku akhir kali ini. Nampaknya, semua perkara berjalan lancar buat saya sejak kebelakangan ini,” katanya.