Beri ruang kerajaan negeri teliti semula keputusan nyah warta HSKLU

Gambar kecil: Megat Shahrol
Gambar kecil: Megat Shahrol
A
A
A

GOMBAK - Semua pihak perlu memberi ruang kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk membuat penelitian semula berhubung keputusan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak, Megat Shahrol Aqmal Zakaria berkata, kepercayaan dan sokongan penuh perlu diberikan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari untuk membuat ketetapan mengikut dasar kerajaan negeri Selangor.

Beliau berkata, kenyataan Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamuri yang meminta Amirudin memberikan penjelasan atau meletakkan jawatan jika terus berdiam diri dianggap terlalu bersifat emosi dan tidak berasas.

"Beliau harus merujuk kepada kenyataan Pakatan Harapan Selangor bertarikh 3 September lalu yang terang menjelaskan berkenaan isu HSKLU.

"Dengan kewibawaan MB Selangor ketika ini sudah pasti telah mengadakan pertemuaan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sembah maklum berhubung isu tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tegasnya, Mohd Dendera tidak perlu bersikap 'lebih sudu dari kuah' berkenaan isu HSKLU dan beri ruang kepada kerajaan negeri membuat penelitian semula berhubung isu itu.

"Justeru, saya ingin mengajak Ketua Pemuda UMNO Shah Alam itu untuk bersama-sama dan membantu kerajaan negeri dalam menjayakan Pakej Kita Selangor 2.0.

"Bersama-sama kita mendoakan semoga seluruh penduduk Selangor sentiasa berada dalam keadaan selamat dan mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa, Mohd Dendera menggesa Amirudin bertanggungjawab dan mengambil tindakan ke atas sebuah portal berita yang mendakwa Sultan Selangor memiliki syarikat pemaju untuk membangunkan HSKLU.

Ia susulan sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh Amirudin terhadap portal berita itu walaupun Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah menafikan dakwaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu HSKLU: MB Selangor perlu ambil tindakan terhadap portal berita

Raja Muda Selangor nafi terbabit rancangan pembangunan HSKKLU