X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Mayat lelaki ditemui dalam rumah berkunci

Anggota bomba yang lengkap berpakai PPE sedang membuka jeriji besi rumah mangsa.
A
A

GEORGETOWN - Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam bilik rumahnya di Kondominium Midlands, Pulau Tikus di sini pada Isnin malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 8.11 malam selepas mendapati pintu rumah berkenaan berkunci.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal yang diketuai Mohd Nazril Hisyam Napiah bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

"Ketika tiba di lokasi, didapati pintu rumah berkenaan berkunci dan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik.

"Anggota bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Jurucakap berkenaan berkata, petugas kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian kemudiannya mengesahkan lelaki berusia 52 tahun itu telah meninggal dunia.

Katanya, mayat lelaki itu diserah kepada polis bagi tindakan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tujuan bedah siasat.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!