Kanak-kanak 6 tahun hilang belum ditemui

Muhammad Fayyadh Ukasyah yang masih belum ditemui.
Muhammad Fayyadh Ukasyah yang masih belum ditemui.
A
A
A

GOPENG - Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang hilang di kawasan perumahannya di Taman Kinta Baru di sini sejak petang Isnin masih belum ditemui.

Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid yang mengalami masalah hiperaktif kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap kali terakhir dilihat memakai baju T tertera watak animasi BoboiBoy berwarna hijau dan memakai lampin pakai buang.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, gerakan mencari yang dilakukan belum menemui sebarang petunjuk akan kehilangan mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak 6 tahun hilang

"Selepas dimaklumkan akan kejadian, tindakan mencari mangsa dijalankan polis dengan dibantu anggota bomba di sekitar tempat kejadian, tetapi tiada petunjuk dan menemui mangsa terlibat.

"Unit Anjing Pengesan (K9) telah sampai di tempat kejadian dan sedang menjalankan usaha mencari," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau berkata, kehilangan mangsa yang merupakan anak kedua dari lima beradik itu disedari ibunya sekitar jam 6.30 petang selepas mendapati mangsa tiada di ruang tamu rumah.

Katanya, ibu bapa mangsa dan kejiranan di situ telah cuba mencari di kawasan sekitar taman tetapi tidak berjumpa sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

"Polis menerima panggilan kejadian itu daripada bapa mangsa pada jam 7.50 petang.

"Siasatan mendapati pintu depan rumah dan pintu pagar terbuka dan tidak berkunci semasa kejadian," katanya.