X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Meninggal dunia selepas koma 39 tahun

Jean-Pierre Adams - Foto Facebook
A
A

PARIS - Bekas pemain bola sepak Perancis yang koma akibat pembedahan pada tahun 1982 meninggal dunia pada Isnin lalu ketika berumur 73 tahun di sebuah hospital di negara itu.

Pemain itu, Jean-Pierre Adams berada dalam koma selama 39 tahun berikutan pembedahan lututnya pada 17 Mac 1982 di sebuah hospital di Perancis.

Dia tidak pernah terjaga daripada tidur selepas diberikan ubat anaestetik atau bius selepas pembedahan lutut itu.

Adams yang mempunyai dua anak lelaki akhirnya meninggal dunia di sebuah hospital di Nimes pada Isnin.

Sebuah tribunal sebelum ini mendapati bahawa doktor yang mengetuai pembedahan ke atasnya bersalah kerana melakukan kecederaan secara tidak sengaja.

Isteri Adams, Bernadette telah berusaha untuk mencari sumbangan daripada bekas kelab bola sepak suamunya untuk mengubah suai rumahnya bagi membolehkan dia dapat menjaga suaminya itu.

Adams yang dilahirkan di Senegal tetapi mewakili Perancis pada tahun 1970an sewaktu berumur 34 tahun ketika pembedahan itu dilakukan. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!