X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Dua tahanan lolos dari PKRC diberkas semula

Gambar dari kiri: Jimnajir Annor, Hasyim Muhamad Syata, Niko Matheus
A
A

TAWAU - Dua daripada tiga tahanan yang bertindak melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Dewan Arena Tawau, di sini, berjaya diberkas semula pada Isnin.

Niko Matheus, 25, dan Hasyim Muhamad Syata, 34, ditahan polis di dua lokasi berasingan di daerah ini selepas kurang 24 jam melarikan diri dari pusat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisoner Peter Umbuas berkata, kedua-dua suspek itu ditahan selepas pihaknya melancarkan Op Kesan dan Op Tutup bagi mengesan ketiga-tiga tahanan berkenaan.

"Hasyim telah ditangkap semula pada tengah hari ini di Bandar Tawau Lama manakala Niko ditahan pada jam 5.30 petang di sebuah rumah di Kampung Kau Sin 2 Jalan Apas Batu 7, di sini.

"Ketika tangkapan, tiada rampasan dibuat bersama suspek," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Peter berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan Seksyen 224 kanun sama kerana dengan cuainya membiarkan seseorang lari dari tahanan serta tentangan terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang.

Tambah Peter lagi, usaha untuk mengesan seorang lagi suspek iaitu Jimnajir Annor, 23, sedang giat dilakukan melalui operasi yang dilaksanakan pihaknya.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan tiga suspek itu ditempatkan di PKRC selepas dijangkiti Covid-19 namun bertindak meloloskan diri melalui tingkap tandas pada jam 12.30 tengah malam Ahad.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!