X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

[VIDEO] Pemandu lori rempuh lima kereta di lampu isyarat

Kejadian lori hilang kawalan rempuh lima kenderaan di Jalan Ipoh Sentul pada Isnin.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak enam kenderaan terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori hilang kawalan di lampu isyarat di Jalan Ipoh Sentul seperti tular di media sosial pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kenderaan terlibat dalam kejadian sekitar jam 2.40 petang itu adalah dua Perodua Myvi berwarna kuning dan putih, Proton X70, Honda HRV serta Peugeot 208 FL.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori dipandu dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul itu hilang kawalan di lampu isyarat dan merempuh dengan laju lima buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.

"Pemandu kenderaan Myvi berwarna kuning cedera ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di zon hijau Hospital Besar Kuala Lumpur.

"Pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan kesemua mangsa mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, pemandu lori berkenaan yang juga tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan dan dibuat ujian alkohol.

Kereta Produa Myvi yang remuk teruk dirempuh lori dalam keadaan laju.
Kereta Produa Myvi yang remuk teruk dirempuh lori dalam keadaan laju.

"Hasil dari ujian awal alkohol mendapati pemandu tidak dalam pengaruh alkohol. Seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.

"Siasatan diklasifikasikan di bawah Sek 44 ( 1A ) APJ 1987, " katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran.

Pada Isnin, beberapa video kejadian tular di media sosial menyaksikan lori yang berada di lorong kanan merempuh tiga kenderaan di hadapannya menyebabkan sebuah Perodua Myvi remuk teruk.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!