X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Isu nyah warta HSKLU: Selangor perlu bertindak selaras dasar PKR

Anwar Ibrahim
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) percaya kerajaan Selangor akan mengambil tindakan yang selaras dengan dasar parti berhubung pengekalan dan pemeliharaan alam sekitar serta hutan simpan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya telah mendengar penjelasan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) baru-baru ini.

“Dua hari selepas itu, Amiruddin juga telah bertemu dengan saya untuk perbincangan lanjut terkait hal yang sama,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Selangor diminta perjelas isu nyahwarta HSKLU

UMNO Selangor kecewa keputusan nyah warta HSKKLU

Pada Selasa, Amirudin diminta untuk memberikan penjelasan lanjut berhubung dakwaan kerajaan negeri telah melakukan penyahwartaan HSKLU pada Mei lalu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, keputusan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) meluluskan penyahwartaan 536.7 hektar HSKKLU bercanggah dengan keputusan PKR.

Katanya, pimpinan parti itu sudah memaklumkan kepada Amirudin untuk membatalkan penyahwartaan tersebut sejak tahun lalu.

“Keputusan dibuat kerajaan negeri juga belum dimaklumkan kepada pimpinan parti, malah kami sejak tahun lalu telah memaklumkan kepada menteri besar untuk membatalkan perkara itu,” tegas beliau.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!