Semua mangsa banjir di Sabah dibenarkan pulang

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Semua 75 mangsa banjir daripada 25 keluarga di Beaufort dibenarkan pulang ke rumah masing-masing jam 1.30 tengah hari pada Isnin.

Kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan sehubungan itu, pusat pemindahan sementara Dewan DSP Mohd Dun Banir ditutup secara rasmi.

“Penghantaran balik mangsa banjir ke rumah masing-masing dilakukan dengan menggunakan kenderaan agensi penyelamat dan sebahagian mangsa menggunakan kenderaan sendiri,” menurut kenyataan itu.

Pada lewat petang 31 Ogos lalu, hujan yang berterusan lebih 48 jam telah mengakibatkan 60 kampung dalam dua daerah di Sabah terjejas akibat banjir iaitu 45 di Beaufort dan 15 di Membakut. - Bernama

Artikel Berkaitan: