Sila log masuk terlebih dahulu.

JAS terima 547 aduan pembakaran terbuka

JAS Pulau Pinang menerima 547 aduan rasmi mengenai pembakaran terbuka yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sepanjang tahun ini sehingga Isnin. Gambar hiasan
JAS Pulau Pinang menerima 547 aduan rasmi mengenai pembakaran terbuka yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sepanjang tahun ini sehingga Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

GEORGETOWN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang menerima 547 aduan rasmi mengenai pembakaran terbuka yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sepanjang tahun ini sehingga Isnin.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, orang ramai diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutama di kawasan yang mudah terbakar dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika ini.

Menurutnya, selain daripada mencemar dan mengganggu masyarakat sekeliling, ia juga mudah merebak ke kawasan belukar mahu pun hutan dan mengundang kejadian yang tidak diingini.

"Di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, individu yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kompaun minimum pula sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan bagi tiap kesalahan," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Isnin.

Sharifah Zakiah berkata, JAS Pulau Pinang sentiasa membuat pemantauan harian di seluruh negeri ini bagi mencegah pembakaran terbuka dan kejadian pencemaran.

Katanya, bertindak atas aduan yang diterima daripada orang awam terhadap isu pembakaran terbuka hingga berlaku pencemaran udara, pihaknya telah mengeluarkan kompaun RM2,000 terhadap seorang pemilik kebun di sini pada Isnin.

"Siasatan mendapati pembakaran yang dilakukan melibatkan sebahagian kawasan kebun adalah tidak diselia dan berpotensi merebak ke kawasan lain,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau menyeru orang awam agar menghentikan pembakaran terbuka dan menyalurkan sebarang maklumat tentang pencemaran ke talian bebas tol JAS 1-800-88-2727 atau email [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

Bagi pembakaran terbuka di kawasan perumahan, aduan boleh dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan berkaitan.