KJ bawa berita gembira kepada Sabah

Hajiji ketika hadir dalam sidang akhbar Menteri Kesihatan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di PPNS, Kota Kinabalu.
Hajiji ketika hadir dalam sidang akhbar Menteri Kesihatan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di PPNS, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Penambahan fasiliti perubatan selain peningkatan aktiviti pemberian vaksin melalui 'mobile outreach' antara berita gembira yang diterima rakyat Sabah bagi membantu memerangi pandemik Covid-19 di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, lawatan pertama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ke Sabah membawa berita gembira termasuk peningkatan vaksinasi bagi vaksin CanSino melalui 'mobile outreach' serta penambahan peralatan perubatan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya, antara peralatan berkenaan silinder oksigen, kotak Oxygen Regulator dan ubat-ubatan Covid-19 yang dijangka tiba minggu ini dan penambahan ambulan serta pegawai perubatan.

"Kerajaan Negeri Sabah berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana telah membenarkan Sabah beralih dan kekal di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya dalam kenyataan sempena lawatan kerja Khairy ke Sabah, pada Isnin.

Sebelum itu, Hajiji turut memaklumkan pengurusan Covid-19 di Sabah dipantau dan diurus oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah yang bermesyuarat setiap hari.

Hajiji turut memaklumkan setakat 4 September lalu, peratusan penduduk dewasa yang lengkap menerima vaksin meningkat kepada 44.8 peratus dan sebanyak 63.7 peratus menerima dos satu.

Hajiji sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) Peringkat Negeri Sabah bersama Khairy di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah (PPNS).

Artikel Berkaitan: