Mohd Zaki dilantik Pengarah Eksekutif Golden Pharos

Mohd Zaki
Mohd Zaki
A
A
A

PENGARAH Pusat Kecemerlangan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (Pitas), Profesor Madya Dr Mohd Zaki Hamzah dilantik menjadi Pengarah Eksekutif Golden Pharos Bhd (GPB) berkuat kuasa 3 September lalu.

GPB dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Mohd Zaki susulan peletakan jawatan bekas Ketua Pegawai Eksekutif GPB (CEO), Datuk Nadza Abdul pada 3 September.

Sebelum ini, Nadza dilantik menjadi CEO di syarikat pembalakan milik kerajaan Terengganu itu bermula 14 September 2017.

Sementara itu, Pengerusi GPB, Datuk Tengku Hasan Tengku Omar merakam penghargaan atas pelantikan Mohd Zaki sebagai Pengarah Eksekutif GPB.

Dalam masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap bekas CEO GPB atas perkhidmatan selama hampir empat tahun di syarikat berkenaan.

Untuk rekod, Mohd Zaki dilantik sebagai Pengarah Pitas selama dua tahun bermula 15 Jun 2020.

Artikel Berkaitan: