Sila log masuk terlebih dahulu.

Jumlah kes Covid-19 di India lepasi 33 juta

Jumlah kes Covid-19 di India telah melebihi 33 juta, meningkat kepada 33,027,621 pada Isnin dengan 38,948 kes baharu. Foto Reuters
Jumlah kes Covid-19 di India telah melebihi 33 juta, meningkat kepada 33,027,621 pada Isnin dengan 38,948 kes baharu. Foto Reuters
A
A
A

NEW DELHI - Jumlah kes Covid-19 di India telah melebihi 33 juta, meningkat kepada 33,027,621 pada Isnin dengan 38,948 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, lapor Xinhua, memetik data terbaharu kementerian kesihatan persekutuan.

Selain itu, sebanyak 219 kematian dicatat sejak pagi Ahad, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 440,752.

Sebilangan besar kes dan kematian baharu dilaporkan di Kerala.

Masih terdapat 404,874 kes aktif meskipun terdapat pengurangan 5,174 kes dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini, sejumlah 32,181,995 orang telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital dengan jumlah terkini pesakit dibenarkan keluar hospital seramai 43,903. - Bernama

Artikel Berkaitan: