Persatuan bas sekolah perlu bantuan, sokongan

Sumbangan yang dikumpulkan menerusi Tabung Ikhlas Sadaqah digunakan untuk menyediakan bantuan makanan dan keperluan lain kepada ahli Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. FOTO: Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur

A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur memerlukan sokongan serta sumbangan bagi membantu ahli yang hilang pendapatan sejak Mac tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, Mohd Haron Mohd Sidik berkata, perkhidmatan logistik itu sangat terkesan akibat pandemik apabila ada sebahagian ahli hilang pendapatan.

Menurutnya, persatuan mengambil langkah proaktif memperjuangkan nasib ahli termasuk menerima bantuan kerajaan, namun turut mencari sumber dana menerusi Tabung Ikhlas Sadaqah.

"Sumbangan yang dikumpulkan menerusi tabung berkenaan akan digunakan untuk mengagihkan bantuan makanan kepada ahli terlibat.

"Bantuan tunai untuk kes-kes tertentu turut disalurkan kepada ahli khususnya yang terpaksa membaik pulih bas sekolah selain digunakan untuk kegunaan operasi persatuan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Ikhlas Sadaqah menerusi https://ikhlas.com/sadaqah/bm/persatuan-bas-sekolah-selangor-putrajaya-dan-kuala-lumpur.

Artikel Berkaitan: