Peruntukan RM300,000 pastikan RT Besut 2035 ikut jadual

Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM300,000 untuk kos pengurusan bagi memastikan Draf Rancangan Tempatan (RT) Daerah Besut 2035 (Penggantian) diselesaikan dan dipamerkan kepada umum mengikut jadual. Gambar kecil: Dr Alias
Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM300,000 untuk kos pengurusan bagi memastikan Draf Rancangan Tempatan (RT) Daerah Besut 2035 (Penggantian) diselesaikan dan dipamerkan kepada umum mengikut jadual. Gambar kecil: Dr Alias
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM300,000 untuk kos pengurusan bagi memastikan Draf Rancangan Tempatan (RT) Daerah Besut 2035 (Penggantian) diselesaikan dan dipamerkan kepada umum mengikut jadual.

Exco Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata, inisiatif itu bagi memastikan setiap pembangunan dirancang Terengganu dapat direalisasikan meskipun dalam era pandemik Covid- 19.

"Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan padu dan komitmen tinggi dalam memastikan setiap perancangan di Terengganu dapat dilaksanakan.

"Dengan cara ini menunjukkan bahawa kerjasama erat antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan sangat utuh dalam memastikan setiap pembangunan dirancang dapat direalisasikan dalam apa jua keadaan," katanya dalam sidang media secara dalam talian sempena Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf RT daerah Besut 2035 (Penggantian), pada Isnin

RT Daerah Besut 2035 (Penggantian) merupakan salah satu projek kerajaan persekutuan di bawah Pembangunan Rancangan Malaysia (RMK ke-12) yang memperuntukkan RM1 juta melibatkan keseluruhan kawasan Besut seluas 123,367.80 hektar.

Menurut Alias, dokumen RT itu merupakan dokumen rasmi yang bertindak sebagai pemandu arah pembangunan (Development Facilitation) yang menerangkan semua cadangan mengenai pemajuan dan penggunaan tanah secara terperinci mengikut lot-lot dalam Daerah Besut sehingga tahun 2035.

"Ia juga menterjemahkan dasar – dasar kerajaan negeri khususnya dasar terdapat dalam Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2050 dan aspirasi Terengganu Sejahtera 2050.

"Pelbagai siri rundingan diadakan bersama semua pihak berkepentingan sepanjang kajian ini bagi memastikan suara-suara ramai diambil kira dalam perancangan dan cadangan pembangunan, rundingan dengan daerah bersempadanan berlainan negeri iaitu Kelantan, bersama tiga jajahan iaitu Pasir Puteh, Kuala Krai dan Machang juga diadakan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, menurut Alias, Program Publisiti Dan Penyertaan Awam selama empat minggu bermula 1 hingga 30 September depan yang dianjurkan secara hibrid (secara maya dan fizikal) selaras dengan peruntukan perundangan di bawah Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

"Tujuan publisiti adalah untuk hebahan kepada orang ramai terutama masyarakat setempat bagi membuat semakan terhadap dokumen RT Daerah Besut 2035 (Penggantian) berkaitan cadangan-cadangan pembangunan telah dirangka.

"Ia juga memberi peluang kepada pihak awam untuk mengemukakan maklum balas, samada bantahan, pandangan atau cadangan-cadangan yang boleh menambahbaik dokumen RT

Daerah Besut 2035 (Penggantian) sebelum iadigunapakai.

"Selain itu, semua pihak yang mengemukakan maklum balas diberi peluang hadir dalam sesi siasatan dan pendengaran untuk menyuarakan sendiri bantahan dan cadangan bagi pertimbangan kerajaan negeri sebelum dokumen ini diwartakandan dilaksanakan," katanya.