X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

AmBank perkemas tawaran kad kredit

A
A

KUALA LUMPUR - AmBank telah memperkemas kad kredit-i Visa Infinite Signature Priority Banking yang disediakan khusus untuk pelanggan perbankan keutamaannya.

Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank, Aaron Loo berkata, kad baharu itu menawarkan pelanggan tersebut dengan tawaran gaya hidup yang dipertingkatkan.

“Kami mengambil maklum mengenai perubahan corak perbelanjaan pelanggan utama perbankan kami dan telah memperkemas ganjaran kad tersebut bagi menepati norma dan gaya hidup semasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kad itu antara lainnya menawarkan pulangan tunai sehingga 5.0 peratus peratus daripada perbelanjaan bulanan pengguna manakala pelanggan dengan aset di bawah pengurusan AmBank akan mendapat manfaat pulangan tunai lebih tinggi.

Selain itu, pemegang kad kredit-i Visa Infinite AmBank Signature Priority Banking sedia ada boleh memeriksa mata ganjaranAmBonus dan keistimewaan Lounge Access yang boleh ditukar kepada pulangan tunai selain menikmati faedah eksklusif serta tawaran lain. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!