X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Kit ujian Covid-19 hanya RM9.90 untuk penduduk Rasah

Cha Kee Chin menunjukkan kit ujian kendiri Covid-19 dengan harga RM9.90 sahaja untuk penduduk Parlimen Rasah.
A
A

SEREMBAN - Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah menawarkan kit ujian kendiri Covid-19 berharga RM9.90 khas untuk penduduk di Parlimen Rasah.

Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin berkata, pihaknya menyediakan 1,000 set kit ujian Covid-19 dengan harga rendah berbanding pasaran iaitu RM19.90 bagi membantu meringankan beban penduduk.

Menurutnya, kit ujian Covid-19 itu merupakan salah satu medium untuk membantu kerajaan mencegah penularan wabak tersebut dalam komuniti.

"Kalau boleh saya ingin menggalakkan setiap keluarga ada kit ujian Covid-19 ini bagi memastikan diri mereka benar-benar bebas serta tidak dijangkiti.

"Kalau rasa tidak selesa atau tidak sedap badan, mereka boleh membuat saringan dengan kit ujian kendiri ini di rumah tanpa perlu berbelanja mahal.

"Kalau dulu harga yang perlu rakyat bayar hanya untuk membuat ujian antigen RTK atau PCR Covid-19 di klinik-klinik adalah sangat mahal, tetapi kini boleh diperoleh dengan harga sangat murah serta mampu milik," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambah Kee Chin, pejabatnya memperuntukkan subsidi untuk menampung kos pembelian kit ujian kendiri Covid-19 tersebut bagi membolehkan penduduk Rasah hanya membayar separuh harga pasaran.

Katanya, setiap keluarga hanya boleh membeli lima set kit ujian tersebut yang disah dan diluluskan oleh Medical Device Authority (MDA).

"Jika program ini memberangsangkan, saya akan pertimbangkan untuk membuat untuk fasa dua pula. Setakat hari ini lebih 150 set sudah terjual dan yakin penjualan ini terus meningkat," katanya.

Mereka yang berminat boleh berkunjung ke Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah untuk pembelian.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!