Yun Fook dilantik mentor pertanian negara

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Datuk Mohd Sallehhudin Hasan (tiga, kanan) menunjukkan varieti Keningau Daimon yang akan didaftarkan sebagai nanas kebangsaan terbaru. - Foto Bernama
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Datuk Mohd Sallehhudin Hasan (tiga, kanan) menunjukkan varieti Keningau Daimon yang akan didaftarkan sebagai nanas kebangsaan terbaru. - Foto Bernama
A
A
A

KENINGAU - Usahawan pertanian tersohor Asia, Prof Adjung Datuk Yap Yun Fook sekali lagi mengharumkan nama negeri Sabah dipentas negara apabila diberikan pengiktirafan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai mentor utama usahawan Malaysia.

Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu, Datuk Mohd Sallehhudin Hassan berkata Yun Fook telah membuktikan kejayaan besarnya dalam industri pertanian dan perikanan dengan hanya berasaskan pengalaman.

"Yap berjaya membangunkan pelbagai industri dalam tempoh 37 tahun meliputi pertanian, penternakan dan perikanan .. kesemuanya berjaya,”

"Kepakaran beliau (Yun Fook) bukan di bilik darjah tetapi pengalaman di ladang .. beliau mengetahui selok-belok dalam industri ini," katanya selepas mengetuai lawatan ke beberapa ladang yang diusahakan Yun Fook di sini, hari ini.

Mohd Sallehhudin berkata bahawa kementerianya akan menggunakan Yun Fook untuk melahirkan usahawan-usahawan sepertinya di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Turut bersama dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah Pertanian Datuk Jamal Harizan Yang Razali dan Timbalan Ketua Setuasaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Pembangunan) Datuk Salim Parlan.

Yap merupakan penerima Malaysian Livestock Industri Award 2018, Panel Bengkel Hala Tuju Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Professor Adjung Univeriti Malaysia Sabah (UMS) dan Anggota Majlis Penasihat Pertanian Malaysia.

Mohd Sallehhudin berkata sebagai penasihat pertanian, peranan Yap sangat penting dalam menyediakan infrastruktur pertanian di negara ini.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai contoh daripada aspek perikanan, beliau (Yun Fook) telah jauh lebih maju ke hadapan dalam pembangunan akuakultur ikan tilapia dan pelbagai spesis ikan air tawar di Keningau.

"Usaha yang beliau lakukan secara khusus dan terperinci belum ada dimana-mana di Malaysia .. ia hanya satu-satunya di Keningau sekaligus memartabatkan Malaysia dipersada antarabangsa," katanya.

Pandangan Mohd Salehhudin itu dikongsi oleh Jamal Harizan dengan berkata satu-satunya ladang bersepadu terbaik di negara ini berada di Bomboi Keningau Sabah yang dimiliki oleh Yun Fook.

"Yun Fook menghasilkan ladang mesra alam .. tidak ada pembaziran kerana kesemua buangan digunakan semula untuk kegunaan pembangunan sumber yang lain," katanya.

Jamal Harizan berkata pendekatan yang diperkenalkan oleh Yun Fook sepatutnya dikembangkan sebagai amalan ladang bersepadu terbaik di Malaysia.

"Saya sangat bersetuju untuk beliau (Yun Fook) dijadikan mentor atau lebih tinggi daripada itu untuk memastikan sumber makanan di negara ini dihasilkan berkualiti dengan kos yang rendah," kata Jamal Harizan.- Bernama