X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Southgate mahu England sah slot lebih awal ke Qatar

Southgate
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate,menggesa skuad kendaliannya itu untuk mengesahkan slot ke Piala Dunia 2022 lebih awal dengan mencatatkan kemenangan apabila berdepan Poland di pada Khamis.

Menurutnya, kemenangan 4-0 ke atas Andorra pada aksi kelayakan Piala Dunia Zon Eropah pada Ahad, diharap memberikan suntikan semangat kepada kesebelasan The Three Lions itu bagi meneruskan rentak kemenangan.

“Sudah pasti ia menjadi misi ‘wajib menang’ kita apabila berdepan Poland di Warsaw, Khamis nanti untuk kita mencerahkan peluang untuk layak lebih awal ke Piala Dunia.

“Jika menang pada perlawanan ini, ia juga akan menjadi insentif terbaik kerana kita pastinya akan mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan,” katanya.

Pada aksi berdepan Andorra, gol skuad The Three Lions itu dijaringkan oleh Jesse Lingard pada minit ke-18 dan 78 manakala Harry Kane menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-72 sebelum Bukayo Saka menjaringkan gol keempat pada minit ke-85.

Untuk rekod, England kini menerajui Kumpulan I dengan 15 mata, hasil lima kemenangan berturut-turut setakat ini.

Mengulas mengenai prestasi Bukayo Saka, Southgate berkata, pemain berkenaan kini dilihat semakin bersemangat untuk membantu pasukan di sebalik kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti pada aksi final Euro 2020, Jun lalu.

Malah katanya, Saka telah beraksi cemerlang dengan menjaringkan gol ketika berdepan |Andorra.

“Saya percaya dia (Saka), semakin berkeyakinan dan bersemangat untuk memberikan aksi terbaiknya bagi mengharungi baki saingan di peringkat kumpulan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!