Mayat lelaki ditemui terapung di sungai

Anggota penyelamat berusaha membawa keluar mayat Mohamad Nor Hafeez (gambar kecil) dari sungai Kampung Baru Nelayan, pada Ahad.
Anggota penyelamat berusaha membawa keluar mayat Mohamad Nor Hafeez (gambar kecil) dari sungai Kampung Baru Nelayan, pada Ahad.
A
A
A

TUMPAT - Sikap pelik seorang pemuda yang tergesa-gesa keluar dari rumah pada lewat senja Sabtu lalu berakhir dengan penemuan mayatnya yang terapung di sungai Kampung Baru Nelayan di sini pada Ahad.

Mayat Mohamad Nor Hafeez Mohamed,27, ditemui orang awam yang kemudian menghubungi polis.

Abang mangsa, Azlan Mohamed, 33, berkata, adiknya keluar rumah pada jam 7.30 malam dalam keadaan tergesa-gesa memberitahu ingin ke rumah rakan.

“Ibu sempat berpesan supaya solat Maghrib sebelum keluar. Kami tidak tahu tujuan dia pergi ke rumah rakannya tetapi sebelum ini dia akan pulang,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.

Azlan berkata, selepas menyedari adiknya tidak pulang, dia sekeluarga mencari di semua tempat yang dirasakan pernah dikunjungi Mohamad Nor Hafeez namun tidak menemuinya.

"Ada penduduk memaklumkan menjumpai satu mayat terapung di sungai. Ternyata itu adik saya.

“Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tapang, Tumpat pada jam 10 pagi tadi (Isnin),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan di bilik gerakan Tumpat berkenaan satu objek dipercayai mayat yang dijumpai oleh orang awam di sungai Kampung Baru Nelayan.

Artikel Berkaitan:

“Apabila polis tiba mendapati, satu mayat terapung dalam keadaan terlungkup di tengah sungai dan lengkap berpakaian.

“Berdasarkan pemerhatian awal tiada unsur jenayah dan mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat,” katanya.

Tambah beliau, bedah siasat mendapati sebab kematian akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.