RichWell, LZS bantu 250 keluarga terjejas akibat pandemik Covid-19

Dari kiri: Saipolyazan, Hafiz dan Om Karini Karean (kanan) ketika menyerahkan simbolik kotak barangan makanan kepada salah seorang 250 penerima di Flat PKNS, Seksyen 7, pada Ahad.
Dari kiri: Saipolyazan, Hafiz dan Om Karini Karean (kanan) ketika menyerahkan simbolik kotak barangan makanan kepada salah seorang 250 penerima di Flat PKNS, Seksyen 7, pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan 250 kotak makanan keperluan asas kepada keluarga yang terkesan pandemik Covid-19 di Masjid Seksyen 7, Flat PKNS pada Ahad.

Naib Presiden Program Mentorship RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Hafiz Jasmi berkata, sumbangan diperoleh daripada usahawan dan peserta yang bersama RichWorks.

Hafiz berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 10,000 kotak makanan hingga hujung tahun ini untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan.

"Kami sangat bersyukur kerana berpeluang untuk terus memberikan manfaat kepada ramai golongan yang memerlukan,” katanya selepas penyerahan sumbangan RichWell kepada kariah Masjid Seksyen 7, Flat PKNS, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan M Yusop; Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Mohd Sabirin Mohd Sarbini; Timbalan Pengerusi dan Ketua Amil Kanan Masjid Seksyen 7, Ahmad Azmi Ibrahim serta Naib Presiden Penjenamaan dan Content RichWorks, Om Karini Karean.

Hafiz ketika ditemui di sini pada Ahad.
Hafiz ketika ditemui di sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Hafiz berkata, RichWell merupakan pertubuhan kebajikan di bawah RichWorks yang mensasarkan bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan sejak 2008 lagi.

Saipolyazan turut berharap lebih banyak syarikat tampil seperti RichWorks bersama LZS untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

"Selain membayar zakat, mereka juga boleh melakukan program bersama dan berkongsi pengalaman kaedah agihan dilakukan.

"Pada hari ini melalui kerjasama pertubuhan kebajikan di sini, penerima akan datang dan ambil terus kotak makanan dan beredar sama ada pandu lalu atau ambil sendiri," katanya.