Pemberian vaksin pelajar sekolah lebih penting dari dos ketiga

Hasni Mohammad
Hasni Mohammad
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri Johor tegas dengan pendirian pemberian vaksin kepada pelajar sekolah yang layak lebih utama berbanding dos ketiga ketika ini.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, justeru kerajaan menyasarkan pelajar akan menerima suntikan pada akhir Oktober ini selepas mengambil kira vaksinasi untuk 100 peratus penduduk dewasa Johor dijangka selesai.

"Lebih penting pemberian vaksin kepada remaja bawah 18 tahun terutama pelajar. Justeru, kita harap kerajaan Pusat akan menyegerakan dasar pemberian vaksin kepada pelajar bawah 18 tahun.

"Sekiranya keperluan dos ketiga atau 'booster jap' diperlukan, saya percaya kerajaan Pusat akan membentuk satu dasar berkenaan khusus bagi meningkatkan antibodi atau daya ketahanan diri rakyat terutama barisan hadapan yang telah terima dos lengkap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Yeo Tung Siong (Pekan Nenas-DAP) pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, pada Isnin.

Tung Siong mengemukakan soalan berhubung sebarang cadangan kerajaan negeri bagi memberikan vaksin dos ketiga kepada barisan hadapan di negeri ini.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, sehingga Ahad seramai 83.08 peratus atau 2,253,168 penduduk dewasa di Johor telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sehingga kini sebanyak 52.61 peratus atau 1,426,866 penduduk dewasa Johor telah lengkap dua dos.

Artikel Berkaitan: