Dadah: Kakitangan, bekas pekerja Invoke Malaysia ditahan polis

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Dua pekerja dan seorang lagi bekas kakitangan firma penyelidikan data, Invoke Malaysia ditahan polis dipercayai memiliki dadah jenis ganja seberat 75 gram, tengah malam tadi.

Kesemua mereka ditahan sekitar jam 12.30 tengah malam di sebuah unit kondominium Taman Mutiara Jinjang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, suspek seorang lelaki dan dua wanita itu berusia antara 25 dan 30 tahun.

Menurutnya, dua daripada mereka merupakan pegawai eksekutif pemasaran serta pereka grafik dan seorang lagi suspek adalah bekas pekerja di pusat kajian itu.

"Serbuan di kondominium itu dilakukan selepas polis menerima maklumat awam dan siasatan di lokasi menemui sejumlah dadah jenis ganja anggaran berat 75 gram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shanmugamoorthy berkata, ketiga-tiga suspek kini direman enam hari bermula hari ini sehingga Jumaat depan untuk siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan dikenakan sebatan.

Artikel Berkaitan: