Scaloni kecewa tindakan pihak berkuasa Brazil

Perlawanan antara Brazil dan Argentina ditangguhkan selepas beberapa pemain Argentina didakwa melanggar protokol Covid-19.
Perlawanan antara Brazil dan Argentina ditangguhkan selepas beberapa pemain Argentina didakwa melanggar protokol Covid-19.
A
A
A

PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni kecewa dengan tindakan pihak berkuasa Brazil menyerbu padang dan menangguhkan aksi Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan di Sao Paulo pada awal pagi Isnin.

Kekecohan terjadi sebaik perlawanan antara Brazil dan Argentina dimulakan dengan pihak berkuasa tempatan menyerbu padang untuk mengarahkan empat pemain Argentina yang bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL) meninggalkan padang.

Emiliano Buendia, Emiliano Martinez, Giovani Lo Celso dan Cristian Romero melanggar arahan kelab mereka dengan menyertai pasukan kebangsaan walaupun kelab-kelab itu sebulat suara bersetuju untuk tidak melepaskan pemain ke negara dalam senarai merah seperti Argentina dan Brazil.

Keempat-empat pemain itu masuk ke Brazil tanpa menjalani kuarantin wajib selepas menyertai pasukan dalam kemenangan ke atas Venezuela dan terbang ke Sao Paulo menjalani protokol gelembung sukan bersama pasukan itu.

Mereka juga telah berlatih di Sao Paolo selama beberapa hari, namun pihak berkuasa Brazil hanya mengambil tindakan ketika hari perlawanan yang mengundang kekecewaan Scaloni.

"Ia amat menyedihkan kerana kami menjadi mangsa dalam perlawanan ini. Sama ada ia berlaku atau tidak, ia bukan waktu yang tepat untuk menceroboh padang.

"Ia sepatutnya menajdi detik terbaik buat semua orang menikmati aksi pemain terbaik dunia. Saya mahu penyokong memahami bahawa sebagai jurulatih, saya perlu mempertahankan pemain saya.

"Kami tidak diberitahu bahawa mereka tidak dapat bermain perlawanan ini. Kami mahu bermain permainan, pemain dari Brazil juga mahu bermain," katanya.

Artikel Berkaitan: