Istana Negeri Sabah kini dikenali Istana Seri Kinabalu

Foto fail Sinar Harian
Foto fail Sinar Harian
A
A
A

KOTA KINABALU - Istana Negeri Sabah di sini dinamakan sebagai Istana Seri Kinabalu, demikian menurut Warta Kerajaan Negeri Sabah.

Warta itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong bertarikh 5 Ogos dan disiarkan di laman web di https://www.sabah.gov.my/gazette/ pada 26 Ogos lalu.

Warta Kerajaan Sabah dengan nombor jilid LXXVI No 35 itu juga memaklumkan Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini dinamakan sebagai Menara Kinabalu.

Kenyataan di dalam warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin untuk makluman umum. - Bernama

Artikel Berkaitan: