X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Selangor FC belasah Sabah FC di Likas

Antara aksi menarik pertemuan Sabah menentang Selangor di Likas malam ini. - Foto Sabah FC
A
A

SELANGOR FC berpesta gol apabila melakar kemenangan 6-0 ke atas Sabah FC, untuk mencatatkan kemenangan terbesar Liga Super musim ini di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Gergasi Merah bermula garang apabila penyerang import dari Nigeria Ifedayo Olusegun mengegarkan gawang pasukan tuan rumah sebanyak dua kali dalam dua minit pada minit ke-22 dan 24, sebelum Mukhairi Ajmal melebarkan jurang pada masa kecederaan babak pertama (45+1).

Bersambung babak kedua, Selangor terus menambah derita buat skuad ‘The Rhinos’ menerusi jaringan Mohammad Nor Hakim Hassan pada minit ke-46 dan Ahmad Danial Ahmad Asri pada minit ke-75.

Ifedayo melengkapkan hatriknya pada minit ke-89, sekali gus mencipta rekod baharu 25 gol dalam semusim Liga Super. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!