Tujuh remaja sesat ditemukan selamat

Anggota bomba ketika membawa turun mangsa yang dilaporkan tersesat ketika aktiviti mendaki bukit di kawasan Gunung Hitam, Sungai Lui pada Ahad. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba ketika membawa turun mangsa yang dilaporkan tersesat ketika aktiviti mendaki bukit di kawasan Gunung Hitam, Sungai Lui pada Ahad. - Foto ihsan bomba
A
A
A

HULU LANGAT ‐ Niat tujuh sekawan untuk bermandi-manda di sungai bertukar tragedi selepas mereka tersesat dan terkandas di lereng sebuah bukit di Jeram Gunung Hitam Hulu, Sungai Lui di sini pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui kesemua mangsa dalam keadaan selamat pada jam 1.51 pagi Isnin.

"Kejadian melibatkan tujuh remaja berusia 18 tahun sesat di hutan ketika beriadah. Kesemua mangsa dapat dihubungi melalui talian telefon dan dimaklumkan tidak mengalami kecederaan.

"Kesemua mangsa telah ditemui oleh pihak bomba dalam keadaan selamat dan kerja-kerja membawa mangsa keluar sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan pada awal pagi Isnin.

Anggota bomba di pusat operasi.
Anggota bomba di pusat operasi.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan tujuh remaja lelaki yang tersesat ketika aktiviti mendaki bukit di kawasan Gunung Hitam, Sungai Lui.

Paparan informasi kejadian.
Paparan informasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Komander Operasi, Syahrin Yusma Mat Yusof berkata, seramai 36 orang anggota SAR termasuk lima penduduk tempatan terlibat dalam operasi yang bermula sejak jam 9.30 malam.

"Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat tetapi usaha membawa mereka keluar dijangka memakan masa sekitar empat hingga lima jam," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 7 remaja lelaki hilang di Gunung Hitam, Hulu Langat

'Hujan lebat, nampak kabus tebal di puncak Gunung Hitam'