Mangsa banjir di Sabah kekal 75 orang

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah masih kekal 75 orang yang direkodkan pada sebelah pagi membabitkan 25 keluarga setakat jam 9 malam Ahad.

Kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan kesemua mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi iaitu Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir di Beaufort.

“Tiada perubahan data (jumlah mangsa banjir) setakat ini,” menurut kenyataan itu.

Hujan tanpa henti lebih 48 jam sejak lewat petang 31 Ogos lepas telah mengakibatkan 60 kampung dalam dua daerah di Sabah terjejas akibat banjir iaitu 45 di Beaufort dan 15 di Membakut. - Bernama

Artikel Berkaitan: