PKPD di empat lokaliti di Sabah bermula Selasa

Empat lokaliti di Sabah dikenakan PKPD bermula Selasa hingga 20 September.
Empat lokaliti di Sabah dikenakan PKPD bermula Selasa hingga 20 September.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di empat lokaliti di Sabah, berkuat kuasa 7 hingga 20 September ini, susulan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di kawasan berkenaan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti di Sabah itu melibatkan Kampung Tetabuan di Beluran, Kampung Matagang di Keningau, Taman Pantai Lok Kawi di Papar dan Kampung Kilanas di Ranau.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, PKPD di Kampung Buanot Matunggong di Kudat, Sabah, yang sepatutnya tamat Isnin dilanjutkan hingga 20 September.

PKPD di dua lokaliti di Tawau, Sabah pula ditamatkan Isnin selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa di kawasan terbabit.

Penamatan itu meliputi Kampung Pukat di Tanjung Batu Laut serta Kampung Balung Cocos - Bernama

Artikel Berkaitan: