X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Covid-19: Sarawak catat 3,747 kes baharu

Jumlah kumulatif kes di Sarawak kini 130,898. Foto 123RF
A
A

KUCHING - Kes baharu Covid-19 di Sarawak sekali lagi merekodkan kes tertinggi sejak pandemik melanda negeri itu sejak Mac tahun lalu, apabila sebanyak 3,747 kes baharu dilaporkan pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu kini 130,898.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya pada Ahad memaklumkan daripada jumlah jangkitan harian itu, sebanyak 3,737 kes atau 99.73 peratus adalah daripada kategori satu yang tidak bergejala dan kategori dua yang bergejala ringan.

“Sementara itu 1 kes berada di kategori tiga (jangkitan paru-paru), 3 kes kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan enam kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator),” kata kenyataan itu.

Sebelum ini kes harian tertinggi pernah dicatat Sarawak adalah pada 2 September lalu dengan 2,992 kes.

Selain itu, Jawatankuasa itu turut memaklumkan terdapat 15 kematian baharu direkodkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu di Sarawak kini berjumlah 564 orang. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!