Radzi bincang pembukaan semula sekolah dengan wakil PIBG

Mohd Radzi (tengah) pada Sesi Libat Urus Warga Pendidik dan Kakitangan Jabatan Pendidikan Labuan Bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Labuan pada Ahad. - Foto Bernama
Mohd Radzi (tengah) pada Sesi Libat Urus Warga Pendidik dan Kakitangan Jabatan Pendidikan Labuan Bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Labuan pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

LABUAN - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin hari ini mengadakan siri pertama perbincangan bersemuka dengan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah menengah dan rendah di sini, mengenai pembukaan sesi persekolahan pada 3 Oktober depan.

Perbincangan tertutup itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang membabitkan 50 wakil dari 17 sekolah menengah dan 10 sekolah rendah.

Antara perkara yang dibincangkan adalah pandangan dan cadangan daripada PIBG mengenai pembukaan sekolah secara berperingkat.

Radzi turut mengadakan perbincangan dengan guru besar dan pengetua mengenai sistem yang sesuai bagi pembukaan semula sesi persekolahan dan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau dijadualkan menyambung perbincangan dengan para guru berhubung isu sama esok.

Radzi dalam lawatan kerja dua hari ke Labuan bermula pada Ahad lawatan sulung beliau ke pulau bebas cukai itu setelah dilantik sebagai Menteri Pendidikan. - Bernama

Artikel Berkaitan: