X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 29 Januari 2022

Malaysia catat 20,396 kes positif Covid-19 hari ini

A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Malaysia merekodkan 20,396 kes baharu dengan lapan negeri kekal di paras empat angka menjadikan kes kumulatif di negara ini berjumlah 1,844,835 kes pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatat kes tertinggi iaitu 3,886 kes, diikuti Sarawak (3,747) dan Johor (2,165).

Selain itu, Sabah merekodkan 2,136 kes, Pulau Pinang (1,961), Kedah (1,587), Kelantan (1,078) dan Perak (1,057).

“Terengganu melaporkan sebanyak 861 kes, Kuala Lumpur (597), Melaka (459), Pahang (486), Negeri Sembilan (269), Perlis (78), Putrajaya (25) dan Labuan empat kes," katanya pada Ahad.

Beliau berkata, terdapat lapan kes import dilaporkan dan 20,388 kes merupakan penularan tempatan yang membabitkan 17,858 rakyat tempatan dan 2,530 bukan warga negara.

"Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 322 kes adalah daripada kategori tiga hingga lima dan 20,074 kes lagi terdiri daripada kategori satu dan dua," katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, secara keseluruhan, 13,519 kes daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada sejarah vaksinasi atau menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“6,877 kes mempunyai sejarah vaksinasi lengkap," jelasnya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,338 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 783 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

"Di ICU, sebanyak 379 kes merupakan kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan Covid-19.

“Sementara, 299 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan daripada jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Menurutnya, terdapat 363 kes kematian dilaporkan KKM sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya, 18,219 kes yang membabitkan 274 rakyat tempatan dan 62 warga asing.

"Daripada jumlah kes kematian, terdapat 107 kes BID yang terdiri daripada 67 warganegara dan 40 bukan warganegara," ujarnya.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti 37 kluster baharu iaitu 21 kluster tempat kerja dan 12 kluster komuniti.

"Tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu pusat tahanan turut dikenalpasti," jelasnya.

Jumlah keseluruhan kluster adalah 4,891 iaitu 3,434 telah diisytiharkan tamat dan 1,457 kluster masih aktif.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!