X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Usul bina laluan baharu atasi kesesakan Jalan Seremban-Kuala Pilah

Eddin Syazlee ketika ditemui pada Program Rasa Sayang Coway bersama Parlimen Kuala Pilah di Surau Kampung Gemuroh pada Ahad.
A
A

KUALA PILAH - Pembinaan laluan baharu perlu diwujudkan sebagai usaha mengatasi kesesakan jalan raya di Jalan Seremban-Kuala Pilah terutamanya pada hujung minggu dan musim perayaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, cadangan itu akan diusulkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada rolling plan kedua nanti melibatkan kos sekitar RM450 juta hingga RM500 juta.

"Jalan baharu kira-kira 25 kilometer ini membabitkan laluan dari Bukit Putus melalui Beting, Juasseh seterusnya ke daerah Jempol.

"Sekiranya laluan ini berjaya dilaksanakan maka ia juga memberi kesan kepada kemajuan dan pembangunan ekonomi Kuala Pilah dan mengurangkan keseksaan jalan raya yang sering berlaku di laluan sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran Program Rasa Sayang Coway bersama Parlimen Kuala Pilah di Surau Kampung Gemuroh pada Ahad.

Eddin Syazlee yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah menjelaskan, dengan adanya jalan baharu itu kelak ia turut melancarkan perjalanan pengguna jalan raya yang ingin ke pantai timur.

Dalam pada itu Eddin berkata, peralihan fasa bagi beberapa negeri memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

"Justeru, rakyat perlu bersedia untuk menjalani kehidupan bersama wabak Covid-19 dan rakyat diseru supaya melengkapkan vaksinasi sebagai salah satu usaha mengurangkan penularan wabak disamping merancakkan pertumbuhan ekonomi," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai Program Rasa Sayang, Eddin Syazlee berkata, sanitasi awam percuma itu memfokuskan rumah penduduk, surau-surau dan masjid sekitar daerah Kuala Pilah.

"Ia melibatkan kira-kira 200 surau, 69 masjid dan rumah penduduk yang dikesan mempunyai kes Covid-19 yang mana program ini adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) Coway untuk menyahut seruan kerajaan Malaysia agar pihak korporat turut bersama menyumbang tenaga untuk menyekat penularan Covid-19," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!