Suspek kes tipu kerja di Kemboja dibebas dengan jaminan polis

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Suspek pertama yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan kes penipuan pekerjaan 47 rakyat Malaysia di Kemboja telah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, bagaimanapun suspek perlu hadir ke balai bagi membantu siasatan polis apabila diperlukan.

“Memandangkan tempoh maksimum reman tujuh hari bagi kes d ibawah seksyen 420 Kanun Keseksaan telah tamat dan siasatan masih dijalankan, maka polis telah memohon daripada Mahkamah Majistret Kuching agar suspek tersebut dibebaskan dengan jaminan polis dan hadir untuk siasatan polis apabila diperlukan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Suspek telah ditahan oleh polis pada 23 Feb lalu,namun siasatan terhadap suspek tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

Suspek kemudian telah dihadapkan ke Mahkamah untuk permohonan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga ia tamat pada hari ini.

Manakala dua lagi suspek, seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 35 tahun masih lagi direman dan disoal siasat. - Bernama

Artikel Berkaitan: