Sila log masuk terlebih dahulu.

Trak bergerak JPN, bantu mangsa banjir mohon dokumen baharu

Hamzah (kiri) mendengar penerangan daripada Tunku Iskandar Shah berkaitan kawasan peranginan Titi Hayun yang terjejas akibat bencana kepala air yang menyebabkan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu.
Hamzah (kiri) mendengar penerangan daripada Tunku Iskandar Shah berkaitan kawasan peranginan Titi Hayun yang terjejas akibat bencana kepala air yang menyebabkan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu.
A
A
A

YAN - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan perkhidmatan bergerak bagi memudahkan urusan pemprosesan dokumen baharu penduduk yang terjejas susulan kejadian banjir lumpur di kaki Gunung Jerai.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkhidmatan itu melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang akan membantu memproses dokumen pengenalan diri yang hilang dibawa arus dalam tragedi berkenaan.

Katanya, setakat ini sebanyak 50 laporan polis telah diterima berhubung kehilangan dokumen pengenalan diri seperti sijil kelahiran, myKad dan pasport.

"Kita akan hantar trak bergerak JPN supaya mereka boleh siapkan segala dokumen seperti sijil kelahiran, myKad, dan perkara lain yang diperlukan, begitu juga dengan Jabatan Imigresen yang turut menghantar trak bergerak kalau ada orang hilang pasport," katanya ketika membuat tinjauan di sekitar kawasan Peranginan Titi Hayun dalam Program KDN Prihatin di sini pada Ahad.

Menurutnya, perkhidmatan terbabit akan dilaksanakan sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada Pegawai Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah.

"Perkhidmatan ini akan diberikan secara percuma dan permohonan akan diproses dalam tempoh sejam sahaja untuk memudahkan penduduk,"

Artikel Berkaitan: