X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Terminal feri Kuala Kedah ditutup dua minggu

Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah di sini akan ditutup dua minggu sepanjang tempoh PKPD di dua zon dalam mukim Kuala Kedah.
A
A

ALOR SETAR -Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah di sini akan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua zon dalam mukim Kuala Kedah bermula Isnin hingga 19 September ini.

Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad berkata, penutupan terminal dibawah selian JLM itu selaras dengan larangan semua jenis pergerakan keluar dan masuk ke lokaliti terlibat menyebabkan perkhidmatan feri penumpang dihentikan sepenuhnya.

Menurutnya, terminal akan ditutup sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan dan tiada perkhidmatan feri dibenarkan dari Kuala Kedah ke Langkawi atau dari Langkawi ke Kuala Kedah sepanjang tempoh PKPD ini.

"Bagaimanapun, perkhidmatan Feri antara Kuala Perlis ke Langkawi atau dari Langkawi ke Kuala Perlis masih diteruskan.

"Justeru, penumpang yang perlu keluar atau masuk ke Pulau Langkawi boleh menggunakan perkhidmatan feri yang akan beroperasi mulai Isnin dengan kekerapan satu perjalanan sehari, " katanya.

Perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis pada jam 11 pagi dan 1 petang bagi perjalanan Kuala Perlis ke Pulau Langkawi.

Bagaimanapun, kenyataan itu menambah, kekerapan perjalanan feri akan ditambah mengikut permintaan dan jadual air pasang surut.

Katanya, jumlah kapasiti penumpang pada satu-satu masa hanya 50 peratus dibenarkan dari jumlah keseluruhan tempat duduk di dalam feri penumpang dan pergerakan rentas negeri perlu kebenaran Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Tambah beliau, operasi Perkhidmatan Perlu Mod Pengangkutan Laut (Essential Services) di Terminal Kargo Kuala Kedah dan Terminal RORO Kuala Perlis akan diteruskan seperti biasa.

JLM menggesa semua pihak mematuhi kesemua prosedur operasi standard (SOP) norma baharu berkuat kuasa yang diperkenalkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini demi menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi feri Kuala Kedah ke Langkawi ditutup


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!