Bukan masa tuding jari: Syed Saddiq

Syed Saddiq (dua, kiri) hadir ke persidangan EPIC 2019 dengan memberikan ucaptama pada majlis itu.
Syed Saddiq (dua, kiri) hadir ke persidangan EPIC 2019 dengan memberikan ucaptama pada majlis itu.
A
A
A

IPOH - Semua pihak di dalam PH perlu bermuhasabah atas kekalahan mereka pada PRK kawasan DUN Semenyih, semalam.

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, mereka juga perlu akur dengan kuasa rakyat memilih BN pada kali ini.

Katanya, titk persamaan di antara parti perlu dicari untuk pastikan PH terus melangkah ke hadapan dan meneruskan fokus mentadbir kerajaan.

"Kita hormati pilihan rakyat tersebut. Kerja perlu diteruskan seperti biasa dan kita ucapkan tahniah kepada BN dan terima kasih kepada jentera PH khususnya pemuda.

Kepada rakyat Semenyih, saya susun 10 jari minta maaf jika ada apa-apa kekurangan.

"Sekarang bukan masa untuk tuding jari pada sesiapa. Ini bukan masa untuk salahkan A, B atau C. Lebih baik kita bermuhasabah dan akur kepada kekalahan tersebut," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Industri Profesional E-Sukan (EPIC) 2019, di Pusat Konvensyen Amanjaya, di sini.

Semalam, calon BN, Zakaria Hanafi berjaya merampas semula kerusi Dun Semenyih selepas berjaya mengatasi tiga lawannya masing-masing daripada PH, Pasti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon Bebas.

Artikel Berkaitan:

Zakaria memperoleh 19,780 undi menewaskan pencabar terdekatnya, Mohammad Aiman Zainali dari PH yang memperoleh 17,866 undi diikuti calon PSM, Nik Aziz Afiq Abdul (847 undi) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng atau ‘Uncle Kentang’ yang memperoleh 725 undi.