RM7.2 juta untuk Tahun Melawat Johor 2020

Cai Tung menyempurnakan majlis pelancaran Muzium Warisan Kwong Siew Wai Kuan.
Cai Tung menyempurnakan majlis pelancaran Muzium Warisan Kwong Siew Wai Kuan.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Belanjawan Johor 2019 menyaksikan kerajaan negeri memperuntukkan RM7.2 juta bagi meningkatkan sektor pelancongan di negeri ini.

Ia merupakan agenda di bawah teras pembangunan lestari dan pemuliharaan sumber iaitu mengoptimum sumber dan produk pelancongan.

Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, peruntukan tersebut dilihat berupaya menjayakan persediaan bagi penganjuran Tahun Melawat Johor 2020.

Menurutnya, peruntukan berkenaan akan dimanfaatkan bagi menambah baik persediaan fizikal dan rangka promosi.

"Kita Tourism Johor kini sedang berusaha untuk persiapan Tahun Melawat Johor 2020, namun persiapan yang dilakukan bukan sahaja penyediaan kemudahan untuk orang ramai.

"Ia termasuk hardware (kerja fizikal) dan software (rangka promosi), kedua-dua ini akan dimanfaatkan menerusi peruntukan yang diumumkan menteri besar semalam (kelmarin)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Muzium Warisan Kwong Siew Wai Kuan di Jalan Siu Nam di sini, semalam.

Selain itu, katanya, Johor pada tahun hadapan juga akan memberi fokus kepada aspek menaik taraf lokasi pelancongan yang terdapat dalam negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Cai Tung berkata, tahun depan menyaksikan kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada hala tuju projek pembangunan wanita dan kanak-kanak.
Artikel Berkaitan:


"Dalam Belanjawan Johor 2019 dapat kita lihat kerajaan negeri memperkenalkan beberapa hala tuju projek pembangunan wanita antaranya 'Mama Friendly' membabitkan peruntukan berjumlah RM50,000 dan pembinaan taska dengan perbelanjaan bernilai RM200,000," katanya.