Tiga maut dalam insiden tembakan di AS

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

WASHINGTON - Tiga terbunuh dalam insiden tembakan pada petang Jumaat manakala tiga yang lain cedera, menurut Jabatan Polis Metropolitan Washington D.C.

Kejadian berlaku di 600 Block Longfellow Street, NW sekitar jam 7.30 malam waktu tempatan (0230 GTM Ahad), lapor Agensi Berita Xinhua.

Ketua Polis D.C, Robert Contee berkata, suspek keluar dari sebuah kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berada di blok itu dan motif kejadian masih disiasat.

Polis masih memburu suspek dan menawarkan ganjaran wang tunai AS$75,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai suspek. - Bernama

Artikel Berkaitan: