Djokovic mara ke pusingan keempat

NOVAK DJOKOVIC
NOVAK DJOKOVIC
A
A
A

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic berjaya menempah tiket ke pusingan keempat selepas menewaskan Kei Nishikori 6-7 (4/7), 6-3, 6-3, 6-2 pada saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi Ahad.

Kemenangan itu menyaksikan Djokovic memerlukan empat perlawanan lagi untuk melengkapkan semua kejuaraan Grand Slam tahun ini selain mencipta rekod 21 kali kejuaraan tersebut.

Menurut Djokovic, perlawanan menentang Nishikori itu disifatkannya sengit dengan dia terpaksa bangkit selepas tewas set pertama.

"Saya tidak rasa saya bermula dengan baik pada hari ini tetapi dia (Nishikori) mengejutkan saya dengan tahap permainannya hari ini. Saya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan perlawanan.

"Prestasi saya semakin baik di atas rumput. Saya lihat ia bukan satu yang mustahil lagi untuk merangkul empat gelaran berturut-turut pada tahun yang sama," katanya.

Jika dia berjaya merangkul trofi keempat Terbuka AS, Djokovic akan menjadi pemain lelaki pertama melengkapkan semua gelaran utama pada tahun yang sama sejak Rod Laver pada 1969.

Pemain Serbia berusia 34 tahun itu dijadualkan bertemu wakil dari Amerika Syarikat, Jenson Brooksby pada pusingan keempat pada Isnin.

Artikel Berkaitan: