Pas ucap tahniah atas pelantikan Muhyiddin

Abdul Hadi ucap tahniah keada Muhyiddin atas pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.
Abdul Hadi ucap tahniah keada Muhyiddin atas pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah di atas pelantikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Ahad berkata, pelantikan itu sebagai suatu kesinambungan tugasan yang telah dimulakan oleh Muhyiddin, sesuai dengan pengalamannya dalam menangani pandemik Covid-19.

"Semoga gandingan beliau bersama Perdana Menteri mengharapkan segala usaha dan perancangan memulihkan negara berjalan lancar, demi menjamin kelangsungan hidup dan kestabilan ekonomi rakyat," ujar beliau.

Pada Sabtu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Muhyiddin.

Beliau berkata, pelantikan itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, pelantikan itu juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: