Bekalan air di 463 kawasan pulih sepenuhnya

Bekalan air di wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari pada Ahad.
Bekalan air di wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekalan air di 463 kawasan yang terjejas akibat henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari pada Ahad.

Air Selangor menerusi kemas kini di Facebooknya memaklumkan, kawasan berkenaan meliputi Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

"Pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com," kata kenyataan itu.

Air Selangor berkata, sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan kepada Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan lima daerah di Selangor mengalami gangguan bekalan air susulan pencemaran bau pada sumber air mentah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor alami gangguan bekalan air lagi

Artikel Berkaitan: