The Oranje perlu kekal rentak cemerlang

Belanda membelasah Montenegro 4-0 dalam aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia pada awal pagi Ahad.
Belanda membelasah Montenegro 4-0 dalam aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia pada awal pagi Ahad.
A
A
A

PENGENDALI Belanda, Louis van Gaal mengharapkan para pemainnya dapat mengekalkan rentak cemerlang seperti yang dipamerkan ketika menundukkan Montenegro 4-0 dalam aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia pada awal pagi Ahad.

Menurutnya, kemenangan itu memberikan keyakinan untuk berdepan aksi lebih sukar menentang pendahulu kumpulan, Turki pada Rabu ini.

"Kami bermula dengan teruk pada hari ini tetapi kami lebih berhati-hati berbanding ketika hanya seri 1-1 dengan Norway baru-baru ini. Di Norway kami bermula baik pada awal perlawanan, tetapi kami tidak begitu bagus selepas itu. Tetapi, hari ini tempoh 70 minit selepas permulaan kami cukup cemerlang.

"Kami perlu menang hari ini. Jika tidak, kami akan terlepas sasaran kami dan ia akan memberikan tekanan. Kami berjaya mendominasi perlawanan dan jika anda berjaya menewaskan pasukan yang mengamalkan taktikal bertahan dengan jumlah jaringan besar, ia memberikan motivasi tambahan kepada pemain untuk perlawanan seterusnya," katanya.

Dalam aksi di Philips Stadion itu, Memphis Depay meledak dua gol dan masing-masing satu gol daripada Georginio Wijnaldum dan Cody Gakpo untuk memastikan kemenangan bergaya pasukan itu.

Dalam pada itu, van Gaal mengharapkan para pemainnya dapat membalas dendam kekalahan 2-4 kepada Turki dalam aksi pertama kelayakan tersebut.

"Kami harap dapat tampil dengan cemerlang ketika berdepan Turki dan mengatasi kekecewaan kami ketika tewas kepada mereka pada Mac lalu.

"Kemenangan ini juga merupakan aksi penting selepas tersingkit dalam aksi Euro dan seri ketikan menentang Norway. Kami tidak boleh terus membuat kesilapan kerana ia akan memberikan kesan untuk kami layak ke Piala Dunia," katanya.

Artikel Berkaitan: