[VIDEO] Tak perlu bentang usul undi percaya: Pas

Idris Ahmad - Foto Bernama
Idris Ahmad - Foto Bernama
A
A
A

TAIPING - Pas berpandangan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu dibentang di Parlimen.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, perkara itu dilihat berasaskan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan kuasa melantik Perdana Menteri di bawah Yang di-Pertuan Agong.

Jelas beliau, perkara itu juga jelas mengikut pandangan pakar undang-undang.

"Apabila kuasa melantik Perdana Menteri merupakan bidang kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong maka sepatutnya tak perlu ada undi percaya. Pendirian saya sepatutnya begitu," katanya ringkas kepada pemberita selepas hadir menyampaikan Bantuan Musa'adah Banjir di Dewan Orang Ramai Matang Gelugor, Matang, di sini pada Ahad.

Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen Kk-14 yang dipinda ke tarikh 13 September hingga 12 Oktober depan selama 17 hari memperlihatkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri tiada dalam aturan persidangan.

Pada Sabtu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dalam kenyataannya menjelaskan memandangkan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan, maka tidak perlu undi percaya di Dewan Rakyat.

Beliau berhujah, undi percaya Perdana Menteri boleh menjejaskan kuasa Agong.

Ahli Parlimen DAP antara yang lantang mempersoalkan mengapa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri tiada dalam jadual persidangan.

Artikel Berkaitan:

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, tidak ada sebarang alasan bagi penundaan sidang Parlimen dari 6 kepada 13 September jika usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak ada dalam agenda atau kertas aturan Dewan Rakyat.