X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

28 mangsa banjir dipindahkan ke PPS

Bomba memindahkan 28 penduduk Batu 10, Kampung Laut Skudai, Johor Bahru kerana banjir kilat, pada Sabtu.
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 28 mangsa banjir termasuk kanak-kanak di Batu 10, Kampung Laut, Skudai di sini sekali lagi terpaksa dipindahkan apabila kediaman mereka dinaiki air pada Sabtu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Mohd Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.39 malam.

Menurut beliau, susulan itu seramai 20 anggota serta empat jentera termasuk sebuah bot digunakan untuk menyelamatkan mangsa.

"Kesemua mereka ditempatkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai.

"Operasi ditamatkan pada jam 12.10 tengah malam," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!